DAYA PENARIK PEREMPUAN DI MATA LELAKI

SINCERELY BY Unknown
Photobucket

Hurm , apa sebenarnya yang membuatkan lelaki mudah tertarik dengan perempuan ? kadang kala perempuan sendiri tertanya - tanya kan ? maybe ada yang sebab rupa paras atau pun hati yang baik ? okay nak tau wahai readers yang bergelar wanita ? yang lelaki tolong bace dan leave comment sahaje yee . if nak cuba jugak tuu awok punya pasal . wa tadak kesaahhh okay okay :) before that , wahai cik . puan sekalian anda haruslah menjawab soalan - soalan yang akan dikemukan oleh saya terlebih dahulu ye . 
tapi , jangan lupa sebelum nak jawab soalan tolong sediakan sehelai kertas dan sebatang pensil/pen . TQ . 
tuu , tengok bawah soalan dia . tengok dan jawab bukan tengok sahaja . 

1 : penampilan dan kecantikan diri, mana satu yang menjadi pilihan kamu ? 
     A : penampilan , ia penting untuk menjaga personaliti diri . 
     B : kecantikan supaya mata sedap memandang 
     C : kedua-duanya penting kerana ia aset yang tiada nilainya 

2: kamu boleh dikategorikan sebagai individu yang sangat ? 
    A: obses terhadap imej diri 
    B: sangat kemas dan bergaya 
    C: merendah diri dan berdikari

3: setiap kali kamu keluar pasti akan ada ?
    A : lelaki bersiul sambil memanggil kamu 
    B : mengusik kamu tanpa henti 
    C : tiada apa yang menarik tentang kamu 

4: bagi kamu , definisi cantik itu bermaksud ? 
    A : mempunyai kecantikan rupa paras dan seksi
    B : cantik daripada aspek dalaman dan luaran 
    C : mempunyai nilai dan harga diri yang sangat tinggi 

5: rakan - rakan sering menggelar kamu sebagai ? 
    A : sensitif dan mengada - ngada 
    B : anak emak dan manja 
    C : kuat dan berdikari

6: kamu terlihat orang tua sedang melintas jalan dan kamu ? 
     A : tengok sahaja tanpa menghukurkan bantuan
     B : pergi dan membantunya melintas jalan 
     C : tidak mengendahkannya 

7: berapa kerap kamu membuat rawatan muka ? 
    A : sebulan sekali
    B : dua atau tiga kali dalam seminggu 
    C : kadang - kadang sahaja 

8: teman lelaki sering menyatakan yang kamu sangat cantik dan kamu ? 
    A : tersenyum sambil mengucapkan terima kasih 
    B : bangga dan mengiakan kata - katanya 
    C : menafikan kecantikan yang kamu miliki 

9: ibu teman lelaki pernah memuji kamu seorang yang ? 
    A : rajin dan baik hati 
    B : malas dan sukar menghukurkan bantuan 
    C : cantik dan bertuah kerana anaknya memiliki kamu 

10: bagi kamu , kamu seorang yang ? 
      A : cantik dan bergaya 
      B : seksi dan cantik 
      C : merendah diri dan suka membantu orang lain

okay kawan -kawan dah jawab semua soalan tu check jawapan anda di bawah sini :-

JAWAPAN A LEBIH BANYAK - tarikan kerana kecantikan paras rupa 
tahniah kerana anda memiliki jawapan ini ! untuk pengetahuan kamu , tarikan utama lelaki kepada kamu ialah paras rupa yang kamu miliki .  oleh kerana itulah lelaki mudah terpikat dan ingin memikat kamu . maklumlah lelaki pantang melihat perempuan berdahi licin seperti kamu. ini sangat berbahaya bagi kamu. sekiranya kamu seorang yang pencinta yang setia , kamu tidak mungki8n akan mempermainkan perasaan seorang lelaki termasuklah teman lelakimu sendiri. namun jika kamu seorang yang kuat melayan dan menjadikan kecantikan itu untuk memikat lelaki, kamu juga boleh dianggap sebagai perempuan murahan .so girls , please behave ! 

JAWAPAN B  - mempunyai sifat terpuji 
sifat terpuji inilah kadangkala membuat segelintir kaum adam meminati dan ingin menjadikan kamu sebahagian dari kehidupannya . kamu memang layak dijadikan seorang isteri dan juga teman hidup kepada mana - mana lelaki .  cinta yang hadir buat kamu biarlah kerana sifat dan sikap yang kamu miliki .  percayalah kecantikan yang ada tidak mampu bertahan ke akhir hayat sekiranya ia tidak disertai dengan sifat - sifat yang baik . teman lelaki sangat beruntung kerana memiliki kamu sebagai teman wanitanya . 

JAWAPAN C - memiliki kecantikan paras rupa & akhlak yang baik 
bukan semuaorang memiliki kesempournaan seperti kamu iaitu memiliki paras rupa yang cantik disertai dengan akhlak yang baik . sesetengahnya hanya memiliki kecantikan wajah semata - mata , namun akhlaknya pulak tidak sehebat rupa paras yang dimiliki begitu juga sebaliknya. kamu sangat bertuah ! namun perlu diingatkan , jagalah keperibadianmu itu sebaik - baiknya . jangan sesekali kamu menyalahgunakan kesempurnaan yang kamu miliki .


dah semak ? then apa lagi share share lah . sapa dapat jawapan C banyak tu untunglah . congrats , hehehehe . eyda dapat A ja pon . ahahha malu kayyyy . kay laa dah penat dok taip ni sambil makan keropok . sedaaappp ohh . haha kay byeee ! 
 

Blog Designed by Kawaii Creature Production | Right Reserved Eyda Hamiezyy

Copyright © 2013 Template by Antonia Sundrani Vinte e poucos